Membangunkan Bot AI Pemantau Tekanan Darah di Telegram
Sebentar tadi saya sempat meneroka satu lagi projek kecil — membangunkan bot AI di Telegram yang boleh membaca gambar paparan alat pemantau tekanan darah (BP monitor) secara automatik.
Bagaimana Ia Berfungsi
Konsepnya mudah: hantar gambar paparan alat BP ke bot Telegram, dan ia akan menggunakan keupayaan vision AI untuk mengesan serta merekod bacaan tersebut. Daripada situ, bot ini auto-menjana laporan kronologi — sama ada harian, mingguan, atau bulanan — dalam format DOCX, XLSX, mahupun PDF, mengikut keperluan.
Kenapa Projek Ini
Merekod bacaan secara manual selalunya membosankan dan mudah tercicir. Dengan automasi begini, cukup ambil gambar sahaja, dan segala-galanya direkod serta disusun kemas tanpa perlu taip manual.
Setakat Ini
Projek ini kini telah siap dan sedang saya gunakan secara peribadi.